Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh pelawat-pelawat website ini:-


1. Apakah yang dimaksudkan dengan ebook? Bolehkah saudara terangkan sedikit?

Jawapan:
Ebook bermaksud buku elektronik iaitu buku yang hanya boleh dibuka (dibaca) menggunakan komputer atau telefon pintar. Selalunya, ebook ditulis dalam format Microsoft Word dan kemudiannya ditukarkan ke format pdf. Untuk memudahkan download (atau upload) melalui internet, ebook dalam format pdf ini selalunya akan ditukarkan ke format zip atau rar. Namun, untuk tidak memeningkan anda (sebagai pembeli), ebook-ebook ini akan kami sediakan dalam format pdf sahaja. Harap maklum!

Walaupun ebook hanya boleh dibuka (atau dibaca) melalui komputer atau telefon pintar, namun ia boleh dicetak terus dari komputer sekiranya anda memiliki mesin pencetak (printer). Setelah dicetak, anda bolehlah menyusunnya mengikut muka surat dan seterusnya melakukan "binding". Maka, ia akan menjadi seperti buku fizikal yang boleh dibawa ke mana-mana.


2. Selepas saya membuat pembayaran, berapa lamakah saya perlu menunggu? Bolehkah saya menerima pesanan tersebut dengan cepat? Berapa lamakah masa yang diambil untuk saudara menghantar pesanan saya?

Jawapan:
Walaupun dinyatakan bahawa anda akan menerima produk-produk tersebut dalam masa 1 atau 2 hari (24 atau 48 jam), namun kebanyakan pembeli akan menerima produk-produk tersebut hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, malah ada yang menerimanya secepat 10 hingga 20 minit sahaja.

Ebook-ebook yang anda pesan akan dihantar melalui email dan WhatsApp anda (sekiranya ada).

Agar pesanan anda boleh saya uruskan dengan pantas, anda harus memaklumkan dengan segera (sebaik sahaja pembayaran dibuat) kepada saya melalui cara berikut:-


    WhatsApp ke nombor 012-8487841 (Suhadi Sahari) atau..
    SMS ke nombor 011-25000633 (Suhadi Sahari)


Maklumat-maklumat yang saya perlukan adalah:-

  1. Nama anda
  2. Email anda dan WhatsApp anda (sekiranya ada)
  3. Tujuan bayaran dibuat (contoh: Membeli ebook bertajuk ...(sila nyatakan)...)
  4. Jumlah keseluruhan yang anda telah bayar
  5. WhatsApp atau SMS-kan bukti pembayaran.

3. Apakah kelayakan penulis yang berkaitan dengan tajuk-tajuk yang ditulis oleh beliau? Dan adakah beliau layak untuk menulis tajuk-tajuk tersebut?

Jawapan: Ya! Tajuk-tajuk yang beliau tulis adalah tajuk-tajuk yang amat jarang sekali didedahkan yang seterusnya dikumpulkan menjadi satu dan kemudian dinamakan Koleksi Seni Wirawan. Layakkah beliau menulis tajuk-tajuk seperti itu?

Untuk makluman, ayah penulis (Pak Sari) merupakan seorang pengamal pengubatan secara batin (dan tradisional) yang lebih menumpu terhadap masalah kanak-kanak dan kaum lelaki. Sementara ibu penulis pula (Mak Ham) adalah seorang guru mengaji di sebuah kampung di samping menumpu kepada pengubatan secara batin masalah-masalah kaum wanita. Ibu saudara penulis (Buk Unai) juga adalah guru mengaji di sebuah perkampungan yang lain. 2 orang bapa saudaranya pula juga merupakan pengamal pengubatan secara batin di kawasan masing-masing. Iaitu lebih dikenali dengan nama Pak Wan (masih aktif) dan Anjang Opok (telah meninggal). Salah seorang guru beladiri (silat) penulis pula (Pak Kasim) adalah orang yang mempunyai hubungan keluarga dengan ayah penulis sendiri (Pak Sari). Penulis sendiri adalah anak ke-2 daripada 5 orang adik-beradik. Dalam 5 orang adik-beradik ini, tiada seorang pun yang mempunyai minat mendalam berkaitan dengan ilmu pengetahuan seumpama itu kecuali penulis.

Sejak berumur 12 tahun, penulis telah didedahkan dengan pengetahuan seumpamanya, walaupun mula-mulanya cuma sebagai teman Pak Wan (bapa saudara beliau). Sejak berumur 16 tahun (1989) mula menulis dan menyimpan pelbagai manuskrip kuno berkaitan dengan ilmu pengetahuan berkaitan, dan sejak itu juga mula membiasakan diri dengan seni beladiri. Ketika berumur 19 tahun, beliau pernah menjadi jurulatih muda sebuah pertubuhan seni silat di kampung beliau (ketika itu) di bawah tunjuk ajar Pak Kasim (seorang guru silat). Semasa berumur 23 tahun merupakan salah seorang ahli Rumpun Silat Sarawak di bawah sebuah persatuan silat yang lain (kerana bermastautin ke tempat lain).

Pendek kata, penulis suatu ketika pada zaman remajanya merupakan seorang yang sangat meminati dan malah mampu menghasilkan manuskrip-manuskrip sendiri berkaitan dengan bidang tersebut... cuma dengan sebatang pena dan sebuah nota di tangan. Boleh dikatakan, ia adalah sebahagian daripada hidup beliau. Adakah beliau layak untuk menulis tajuk-tajuk tersebut (yang terdapat di dalam Koleksi Seni Wirawan)? Hu Allahu 'alam.


4. Pada tahun berapakah Koleksi Seni Wirawan mula-mula sekali ditulis seterusnya disiapkan?

Jawapan: Koleksi Seni Wirawan mula-mula ditulis pada tahun 2005 dengan tajuk pertama yang ditulis adalah Ribuan Petua Tradisional, Ilmu Pengasih dan Ilmu Pemanis. Namun, 18 daripada 19 tajuk yang ada (kecuali Seni Beladiri) telah siap sepenuhnya pada tahun 2006 dan versi yang ada sekarang sebenarnya adalah versi ketiga iaitu pembaikan daripada versi kedua yang telah disiapkan pada tahun 2007.

Tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Koleksi Seni Wirawan ini merupakan adaptasi daripada catatan-catatan tulisan penulis sendiri sejak sekitar tahun 1989 serta study yang beliau lakukan sepanjang tempoh penglibatan beliau. Versi yang anda lihat sekarang adalah versi-versi yang telah diteliti dan lebih sesuai untuk didedahkan. Mana-mana yang tidak harus menjadi pengetahuan umum, sebaiknya biarlah ia begitu. Harap maklum!


5. Di manakah saudara mendapatkan segala maklumat untuk menghasilkan Koleksi Seni Wirawan tersebut?

Jawapan: Segala maklumat yang terdapat di dalam setiap tajuk Koleksi Seni Wirawan sebahagiannya (kira-kira 50%) adalah daripada pengalaman penulis sendiri semasa zaman remajanya dan sebahagiannya pula (kira-kira 50% lagi) adalah berdasarkan kajian dan study yang dilakukan ke atas orang-orang yang berpengalaman, kitab-kitab kuno, catatan-catatan persendirian dan seumpamanya.


6. Apakah bezanya di antara ilmu pengasih dengan ilmu pemanis?

Jawapan: Ilmu pengasih adalah ilmu yang digunakan untuk menjadikan seseorang individu atau masyarakat tertentu menjadi kasih, sayang, rindu, kasihan atau lemah hati apabila memandang, teringat atau menghidu bauan yang berkaitan dengan individu pengamal ilmu pengasih tersebut. Malah, boleh terbawa sehingga ke mimpi atau seumur hidup (terpulang kepada jenis amalan yang digunakan). Ilmu pengasih biasanya mempunyai subjek (individu atau masyarakat sasaran) untuk ditujukan ilmu tersebut. Secara umumnya, ilmu pengasih adalah untuk mewujudkan rasa kasih sayang rindu-rinduan terhadap orang yang mengamalkan ilmu pengasih tersebut di hati orang (atau masyarakat) yang ditujukan.

Sementara ilmu pemanis pula adalah ilmu yang digunakan untuk menjadikan diri pengamal itu sendiri nampak manis dan 'bercahaya' di mata masyarakat umum terutama apabila pengamalnya keluar rumah, pergi ke keramaian-keramaian tertentu, temuduga dan seumpamanya. Malah, sangat sesuai diamalkan oleh individu-individu yang terkenal seperti penyanyi, artis, ahli politik, para usahawan (termasuk usahawan internet) dan sebagainya, kerana mereka adalah golongan yang mendapat perhatian umum. Ilmu pemanis biasanya tidak mempunyai subjek (individu atau masyarakat sasaran) untuk ditujukan ilmu tersebut. Hanya cukup diamalkan terhadap diri pengamal ilmu pemanis itu sendiri. Ilmu pesona diri adalah salah satu cabang ilmu pemanis ini. Secara umumnya, ilmu pemanis adalah untuk menjadikan diri pengamalnya nampak manis, ceria, berseri dan 'bercahaya' di wajah dan di tubuh badannya (disebut juga "aura").

Ilmu pengasih boleh menjadi ilmu pemanis (dalam keadaan tertentu) dan begitu juga sebaliknya. Namun, ilmu pengasih lebih 'berat' tujuannya kerana ia dalam bentuk "menumpu" berbanding dengan ilmu pemanis yang bersifat menyeluruh (tidak menumpu).


Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tidak serupa (tidak sama maksud) dengan soalan-soalan lazim di atas, sila WhatsApp atau SMS kami melalui nombor-nombor di bawah. Soalan-soalan anda itu akan dijawab oleh penulis kitab-kitab Koleksi Seni Wirawan sendiri iaitu Anjang Adi (Suhadi Sahari). Insyaallah! Terima kasih.



WhatsApp ke nombor 012-8487841 (Suhadi Sahari) atau..
SMS ke nombor 011-25000633 (Suhadi Sahari)